29 September 2013

SEDARLAH

Assalamualaikum...

Sekadar peringatan buat diri sendiri,

Jika kita meninggalkan solat 1 waktu pun 6000 tahun di bakar dalam neraka, inikan pula lagi 5 waktu sehari. Astagafirullahazim... Itu jak baru sehari, belum lagi sebulan, setahun, tidak terhitung rasanya dibelenggu oleh para Malaikat tanpa belas kasihan. Itu baru bab solat, belum masuk bab tutup aurat lagi dan bab- bab yang lain.. Nauzubillahi min zalik... 






28 September 2013

Saling Ingat Mengingatkan




Orang tak tahu ,
kemudian kita bagitahu,
itu maksudnya "menyampaikan."

Orang dah tahu,
kemudian kita bagitahu lagi,
itu maksudnya "mengingatkan."

Jadi tak hairanlah kalau kita, 
"terjumpa" maklumat yang sama dimana-mana.

Kerana "insan"bukan saja,
menyampaikan tapi,
"insan" juga mengingatkan.

Super Mom

Assalamualaikum....

Bismillah

Alhamdulillah...sekarang jam sudah menunjukkan pukul 11.25am , tetapi kelibat cahaya matahari masih belum menonjolkan dirinya lagi, mungkin hari ini hujan akan melanda bumi Labuan.. Ermm...sungguh nyam rasanya udara pagi ini, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, alhamdulillah Sue masih di beri kesempatan untuk terus menikmati anugerah ALLAH ini. Seperti yang ditugaskan oleh sifu kami, Sue cuba untuk menyiapkannya, namun Sue kena pandai curi masa memandangkan Sue mempunyai tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri.



Siapa kata jadi seorang surirumah itu kerja yang mudah atau senang??? melihat saja gambar diatas dapat merungkaikan 1001 jawapan bahawa bertapa sibuknya ibu yang bergelar surirumah. Numun, Allah menjadikan wanita itu seorang yang istemewa dimana dia mampu melaksanakan tugas yang lebih dalam satu masa hebatkan wanita ini. Sue percaya semua ibu-ibu mengalami situasi diatas, termasuklah diri Sue sendiri. Terkejar-kejar menyiapkan kerja apatah lagi yang memiliki baby. Disinilah kita kena pandai handle dan bahagi-bahagikan masa yang ada.

27 September 2013

Bermula dengan langkah pertama

 "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIM"
(Dengan menyebut nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)


Keinginan untuk memiliki business sendiri hadir sejak setahun lalu. Kesedaran ini timbul apabila sue terfikir kenapa tidak kita manfaatkan dengan kemudahan yang sedia ada untuk menjana pendapatan sendiri?. Sebagai sorang surirumah, selain menyiapkan rutin harian Sue juga terfikir bagaimana cara untuk mengisi masa yang ada?Sue ni bukan la arif sangat bab dunia IT ni dan Sue tidak pernah terfikir pun untuk create blog sendiri. Berkat tunjuk ajar sifu2 maka lahirla blog Business Online Suharni ni.

Sebelum ni memang Sue ada buat jual baju secara ofline, namun ianya kurang mendapat sambutan. Hurm..mungkin teknik dan cara Sue kurang berkesan kot. Setelah terbaca profile pengasas Akedemi Bekerja Di Rumah ni, Sue menjadi semakin bersemangat dan ingin berjaya seperti beliau. Namun,Sue sedar nak berjaya bukan mudah kena ada usaha kental dan tidak mudah berputus asa, kena berani buat dan sanggup menanggung risiko. So, di sinilah bermulanya langkah pertama Business Online Suharni untuk 
terus maju dan maju.... INSYAALLAH, AMIN....

Surirumah Tegar

Assalamualaikum,
Bissmillahirrahmanirrahim,

Lapan bulan sebaik sahaja saya tamat pengajian Allah telah catatkan jodohku. Pada 02hb Jun adalah tarikh bersejarah dalam diari kehidupku, status Sue telah berubah bergelar seorang isteri. Benar kata orang bercinta selepas kahwin memang indah :). Semoga perkahwinan kami berkekalan sampai ke Jannah..AMIN.

Diipetik daripada blog (Panduan Berkerja Di Rumah) Puan Masayu Ahmad, terdapat beberapa kategori suri yang mula mahu bekerja dari rumah. Dua golongan ini yang selalunya saya kongsikan.

1. Surirumah yang sedia berada di rumah. Tidak ada pengalaman kerja, tamat pelajaran dan sepenuh masa sebagai surirumah. Suri ini bangun semula dab mencari peluang menjana pendapatan. Ini dikira bermula dari kosong. Tidak ada apa-apa. Pendapatannya bersumberkan dari pemberian nafkah suami. Jika suri ini memecah rekod dapat wang pertama dari hasil usahanya. Ia adalah kejayaan keluar dari kepompong surirumah semata-mata.

2. Suri bekerja di luar rumah
Ini maksudnya seperti saya, sudah pernah bekerja, sudah punya kerjaya tetap, sudah punya keselesaan wang bulanan setiap bulan. Sudah tu kenapa pula cari penyakit untuk berhenti pula. Atas faktor-faktor yang saya sebutkan dalam ayat permulaan, kerana anak-anak.

Sue tergolong dalam kategori pertama, Sue pernah juga bekerja sebagai guru ganti dan penyelia asrama tetapi hanya untuk 3 bulan sahaja. Tidak cukup diambil dikira sebagai pengalaman bekerja seperti sahabat-sahabat yang lain mempunyai pengalaman bekerja bertahun-tahun. Suami memang tidak berkebertan mengizinkan Sue bekerja, namun sejak dikurniakan cahaya mata yang pertama agak sukar buat Sue keluar mencari kerja. Suami berkata "tak apala biarla Sue jaga anak bagi besar dulu, pas tu kalau nak kerja terpulang pada Sue", Suami tidak mahu bagi orang lain jaga anak.Oleh itu, Sue berazam untuk bangkit tidak mahu menjadi seorang surirumah yang hanya memegang Ijazah tanpa sebarang penghasilan. InsyaALLAH Sue juga mampu berjaya seperti orang lain, dapat membantu menambah pendapatan keluarga. INSYAALLAH.




Salam Perkenalan

Assalamualaikum...

"BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIM"
(Dengan menyebut nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah bersyukur kepada Allah masih di beri nikmat untuk terus bernafas di dunia ini. Salam perkenalan buat sahabat-sahabat sekalian. Maaflah saya ni bukan jenis yang pandai berkarya or hebat dalam penulisan.Wah, mantap sekali bila view blog sahabat-sahabat yang lain. saya ne baru nak merangkak-rangkak membuat blog, maklumlah first time buat blog ne..fuhhh, tapi alhamdulillah saya di bimbing oleh kak Normie n kak Masayu terima kasih banyak-banyak :)

Opsss..lupa pulak nama diberi Suharni binti Dawing (boleh panggil sue ya ), berasal dari negeri dibawa Bayu, merupakan sorang suri rumah sepenuh masa..ibu kepada sorang putera (Mohammad Asyraf Mouslem bin Shamsulbahri, 4 bulan lebih) alhamdulillah setelah hampir 3 tahun berkahwin Allah kurniakan kami seorang putera yang sanggat comel.

Saya mempunyai harapan yang besar mengikuti Kelas Online Blog&Fanpage ne. Muda-mudahan berkat bimbingan dan tunjuk ajar sifu2 yang berpengalaman dapat membantu saya untuk mengubah kehidupan saya sebagai seorang suri rumah yang berjaya. insyaALLAH....AMIN :)