29 November 2013
BAJU MUSLIMAH TERKINI - QASEH
28 November 2013
BAJU MUSLIMAH TERKINI- KEESYA COUNTURE
Labels:catatan harian
Baju Muslimah Terkini,
KEESYA COUNTURE
27 November 2013
BAJU MUSLIMAH TERKINI-SAFIYA
BAJU MUSLIMAH TERKINI- JAMEELA
![]() |
| JA 188 B FABRIC : 100% COTTON COLOR : NUT BROWN MIX FLORAL PRINTED PRICE : RM55.00 (XS - XL), RM58.00 (2XL-XL) |
![]() |
| JA 205 B FABRIC : 100% COTTON COLOR : APPLE GREEN BASE WITH INNER STRIPE MIX MOTIF PRINTED PRICE : RM55.00 (XS - XL), RM58.00 (2XL-XL) |
26 November 2013
TIPS MENGATASI MASALAH LENTURAN WARNA BAJU
Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah saya masih dapat meneruskan enteri yang seterusnya, terasa lama benar hendak menyiapkan 44 enteri blog yang wajib disiapkan oleh setiap protege sebelum sah menjadi admin page akademi berkerja dari rumah. Memang teruja sangat nak menjadi admin namun tugasan 44 entri kenalah disiapakn dulu ya. Enteri kali ini saya ingin berkongsi tentang cara-cara menghilangkan baju yang terkena lenturan warna.
Pernah tak kalian alami masalah apabila basuh baju ada sahaja yang akan lentur warnanya sehingga memberi kesan kepada baju-baju yang lain? apatah lagi jikalau baju itu berwarna putih atau terang, aduh sudah pasti anda berasa geram kan?. Kebiasannya baju-baju yang baru akan mengalami masalah ini apabila dibasuh. Oleh itu, disini saya kongsikan macam mana hendak mengatasi masalah warna baju yang mudah lentur ini.
- Boleh hantar dobi untuk cucian pertama bertujuan untuk mematikan warna baju.
- Larutkan kapur makan ke dalam air yang banyak dan rendam baju dalam air kapur selama beberapa jam.
- Gunakan pemati warna (sodium silikat) seperti yang digunakan dalam industri buat baju batik.
- Guna DYLON-COLOUR RUN REMOVER untuk fabrik putih/berwarna iaitu dengan cara larutkan cecair dylon ni dlm air panas/suam. Rendam baju yang terkena sisa lunturan warna ke dalam air dylon. Biarkan selama sejam atau seharian. jangan lupa untuk pusing-pusingkan baju dalam air tu.
![]() |
| sumber: goggle |
Semoga tips ini dapat membantu kita semua dan dapat menyelesaikan masalah yang menghantui kita selama ini, selamat mencuba ya.
Sila-sila la menjamu mata dengan koleksi pakaian muslimah di page saya ya, kalau berkenan tu alhamdulillah jangan segan silu PM saya ok.
16 November 2013
Tips pemilihan pakaian vs warna kulit
Assalamualaikum,
Bismillahirrahmanirrahim...
Enteri kali ini saya ingin berkongsikan tentang tips pemilihan warna pakaian sesuai dengan warna kulit kita. Bersesuaian dengan bisnes saya iaitu menjual pelbagai jenis pakaian termasuk shwal/tudung, harap-harap enteri ini dapat membantu sedikit sebanyak sahabat-saahabat kalian dalam membuat keputusan untuk membeli pakaian.
Allah memang mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian, setiap manusia mempunyai ciri-ciri berbeza diantara satu sama lain termasuklah warna kulit kita. Kulit putih, kuning langsat, sawo matang dan kulit gelap eksotik merupakan beberapa kategori warna kulit manusia. Antara tip-tip pemilihan warna pakaian adalah seperti keterangan dibawah:
- Kulit putih : Sangat sesuai mengayakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda dan merah jambu. Namun warna-warna lain juga sesuai dan tidak dilarang pakai.
- Kulit kuning langsat: Lebih cantik menggunakan warna-warna tropika seperti hijau, merah, kuning dan biru.
- Kulit sawo matang: Jangan ragu untuk mengayakan warna ungu dan maroon.
- kulit gelap eksotik: Sesuai jika mengayakan busana warna tanah lembut
Terdapat dalam kalangan kita sangat sensetif dalam pemilihan warna dan ada warna-warna tertentu yang wajib dihindari. Pemilihan pakaian yang sesuai dengan warna kulit akan menonjolkan keperibadian dan keterampilan seseorang. Semoga tips kali ini dapat membantu sahabat-sahabat dalam menyesuaikan warna kulit dan warna pakaian, terima kasih atas kunjungan dan jangan lupa lawati page saya di...
12 November 2013
MENERUSKAN YANG TERTUNDA...
Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim,
Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah hari ini saya dapat meneruskan tugasan untuk menyiapkan enteri seterusnya setelah hampir dua minggu tugasan ini tergendala. Maklumlah mood cuti-cuti balik kampung jadi blog pun tidak dapat di kemaskini sepenuhnya tambahan pula line internet di kampung memang teramat lembap. Perjalanan balik ke kampung saya memang meletihkan apa tidaknya memakan masa hampir 6 jam, kesian juga en suami letih memandu kalau saya boleh memandu bolehlah kami bertukar-tukar jadi keletihan tu dapat juga dikurangkan. Namun keletihan itu hilang setibanya di kampung kerana dapat menatap wajah-wajah kedua orang tua, keluarga dan mak mertua yang dirindui. Alhamdulillah semuanyanya sihat-sihat, syukur ya rob.
Alhamdulillah bisnes baju muslimah telah beroperasi dengan sepenuhnya di page saya, terima kasih kepada mentor saya kak Normi kerana memperkenalkan saya dengan pembekal baju muslimah. Alhamdulillah saya juga telah mendapat beberapa orang pelanggan dan bisnes saya sedikit sebanyak mula dikenali umum. InsyaAllah dari masa ke semasa saya akan masukkan produk baru yang pastinya memenuhi citarasa pelanggan. Mudah-mudahan bisnes yang baru saya mulakan ini mendapat berkat dari Allah dan sokongan sahabat-sahabat sekalian. Amin
Jom lawat-lawat page saya dan jika berminat jangan segan silu PM saya
Subscribe to:
Posts (Atom)










































.jpg)


























