26 November 2013

TIPS MENGATASI MASALAH LENTURAN WARNA BAJU

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah saya masih dapat meneruskan enteri yang seterusnya, terasa lama benar hendak menyiapkan 44 enteri blog yang wajib disiapkan oleh setiap protege sebelum sah menjadi admin page akademi berkerja dari rumah. Memang teruja sangat nak menjadi admin namun tugasan 44 entri kenalah disiapakn dulu ya. Enteri kali ini saya ingin berkongsi tentang cara-cara menghilangkan baju yang terkena lenturan warna.

Pernah tak kalian alami masalah apabila basuh baju ada sahaja yang akan lentur warnanya sehingga memberi kesan kepada baju-baju yang lain? apatah lagi jikalau baju itu berwarna putih atau terang, aduh sudah pasti anda berasa geram kan?. Kebiasannya baju-baju yang baru akan mengalami masalah ini apabila dibasuh. Oleh itu, disini saya kongsikan macam mana hendak mengatasi masalah warna baju yang mudah lentur ini.
  1. Boleh hantar dobi untuk cucian pertama bertujuan untuk mematikan warna baju.
  2. Larutkan kapur makan ke dalam air yang banyak dan rendam baju dalam air kapur selama beberapa jam.
  3. Gunakan pemati warna (sodium silikat) seperti yang digunakan dalam industri buat baju batik.
  4. Guna DYLON-COLOUR RUN REMOVER untuk fabrik putih/berwarna iaitu dengan cara larutkan cecair dylon ni dlm air panas/suam. Rendam baju yang terkena sisa lunturan warna ke dalam air dylon. Biarkan selama sejam atau seharian. jangan lupa untuk pusing-pusingkan baju dalam air tu.
sumber: goggle

Semoga tips ini dapat membantu kita semua dan dapat menyelesaikan masalah yang menghantui kita selama ini, selamat mencuba ya.

Sila-sila la menjamu mata dengan koleksi pakaian muslimah di page saya ya, kalau berkenan tu alhamdulillah jangan segan silu PM saya ok.

16 November 2013

Tips pemilihan pakaian vs warna kulit

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmanirrahim...

Enteri kali ini saya ingin berkongsikan tentang tips pemilihan warna pakaian sesuai dengan warna kulit kita. Bersesuaian dengan bisnes saya iaitu menjual pelbagai jenis pakaian termasuk shwal/tudung, harap-harap enteri ini dapat membantu sedikit sebanyak sahabat-saahabat kalian dalam membuat keputusan untuk membeli pakaian. 

Allah memang mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian, setiap manusia mempunyai ciri-ciri berbeza diantara satu sama lain termasuklah warna kulit kita. Kulit putih, kuning langsat, sawo matang dan kulit gelap eksotik merupakan beberapa kategori warna kulit manusia. Antara tip-tip pemilihan warna pakaian adalah seperti keterangan dibawah:

  1. Kulit putih : Sangat sesuai mengayakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda dan merah jambu. Namun warna-warna lain juga sesuai dan tidak dilarang pakai.
  2. Kulit kuning langsat: Lebih cantik menggunakan warna-warna tropika seperti hijau, merah, kuning dan biru.
  3. Kulit sawo matang: Jangan ragu untuk mengayakan warna ungu dan maroon.
  4. kulit gelap eksotik: Sesuai jika mengayakan busana warna tanah lembut
Terdapat dalam kalangan kita sangat sensetif dalam pemilihan warna dan ada warna-warna tertentu yang wajib dihindari. Pemilihan pakaian yang sesuai dengan warna kulit akan menonjolkan keperibadian dan keterampilan seseorang. Semoga tips kali ini dapat membantu sahabat-sahabat dalam menyesuaikan warna kulit dan warna pakaian, terima kasih atas kunjungan dan jangan lupa lawati page saya di...





12 November 2013

MENERUSKAN YANG TERTUNDA...

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah hari ini saya dapat meneruskan tugasan untuk menyiapkan enteri seterusnya setelah hampir dua minggu tugasan ini tergendala. Maklumlah mood cuti-cuti balik kampung jadi blog pun tidak dapat di kemaskini sepenuhnya tambahan pula line internet di kampung memang teramat lembap. Perjalanan balik  ke kampung saya memang meletihkan apa tidaknya memakan masa hampir 6 jam, kesian juga en suami letih memandu kalau saya boleh memandu bolehlah kami bertukar-tukar jadi keletihan tu dapat juga dikurangkan. Namun keletihan itu hilang setibanya di kampung kerana dapat menatap wajah-wajah kedua orang tua, keluarga dan mak mertua yang dirindui. Alhamdulillah semuanyanya sihat-sihat, syukur ya rob.

Alhamdulillah bisnes baju muslimah telah beroperasi dengan sepenuhnya di page saya, terima kasih kepada mentor saya kak Normi kerana memperkenalkan saya dengan pembekal baju muslimah. Alhamdulillah saya juga telah mendapat beberapa orang pelanggan dan bisnes saya sedikit sebanyak mula dikenali umum. InsyaAllah dari masa ke semasa saya akan masukkan produk baru yang pastinya memenuhi citarasa pelanggan. Mudah-mudahan bisnes yang baru saya mulakan ini mendapat berkat dari Allah dan sokongan sahabat-sahabat sekalian. Amin

Jom lawat-lawat page saya dan jika berminat jangan segan silu PM saya 




26 October 2013

Dulu lain sekarang lain...

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah ucapkanlah rasa syukur kepada Ilahi kerana kita masih di keizinan untuk terus bernafas di muka bumi-Nya.  Selamat berhujung minggu buat sahabat-sahabat semua, kepada yang berkerja selamat bekerja. Ukirkanlah senyuman dan janganlah merungut dalam usaha kita mencari rezeki yang halal buat anak-anak, isteri dan keluarga. Apakah perancangan anda buat keluarga anda hari ini? adakah keluar membeli belah, berkelah, Jalan-jalan, atau masak-memasak dengan keluarga?. Luangkanlah sedikit masa bersama degan keluarga anda walaupun sekejap kerana detik itu amatlah bermakna buat mereka dan tubuh anda juga memerlukan rehat.

Kebiasannya setiap hujung minggu saya dan suami akan meluangkan masa untuk keluar bersama membeli barang-barang keperluan dapur. Dulu keluar berdua sekarang dah bertiga, terima kasih Allah mengurniakan kami cahaya mata yang sangat berharga, insyaAllah kami akan menjaga amanah-Mu ini menjadi anak yang soleh. Dulu bila hendak keluar ikut suka hati sahaja nak gerak jam berapa, tapi sekarang semuanya sudah berubah. Tidak ada sudah istilah jam berapa, semuanya bergantung pada keadaan anak. Kalau hendak keluar mesti selepas dia bangun tidur kalau tidak alamatnya mengamuklah dia nanti lebih-lebih lagi anak sepenuhnya menyusu badan. Satu lagi yang menjadi masalah buat diri saya ialah apabila anak hendak menyusu di tempat awam, aduh susahnya macam mana nak bagi susu ni? kadang-kadang saya pergi surau dan ada satu ketika tu saya terpaksa menyusukannya dalam tandas, huhuhu. Mungkin beginilah keadaan ibu-ibu yang masih mempunyai anak kecil dan masih menyusu badan sepenuhnya.

Semoga setiap hari kita manfaatkan hidup kita untuk memberi yang terbaik buat diri dan juga orang lain. Dunia ini ibarat ladang yang perlu diusahakan untuk kita petik hasilnya di akhirat kelak. Kejarlah dunia untuk akhirat dan bukan hanyut dalam manisnya dunia fana yang sementara ini. Curilah sedikit masa yang ada buat orang-orang yang kita sayang.

Salam mesra dan kasih sayang.








22 October 2013

TAKUT

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmanirrahim,

Gambar hiasan
Apakah perasaan anda sekarang?adakah takut, sedih, atau gembira? Semuanya dapat digambarkan melalui memek muka seseorang. Takut melibatkan perasaan seseorang yakni membawa maksud merasa bimbang, khuatir, rasa gentar tapi tidak berbuat apa-apa dan sebagainya. Sudah menjadi satu fitrah kita sebagai manusia dikurniakan perasaan takut ini. Perasaan ini mempunyai baik dan buruk yang tersendiri. Sebagai seorang muslim, perasaan takut haruslah ditujukan hanya untuk Allah yang maha esa.

Ada juga dikalangan masyarakat kita yang menjadikan perasaan takut ini sebagai alasan yang mencipta tembok untuk dirinya menceburi dunia perniagaan ini. Ada niat untuk berbisnes tetapi takut jika bisnes gagal. Jesteru itu, mereka takut untuk melepasi dan menembusi tembok ketakutan mereka. Antara ketakutan yang dimaksudkan itu ialah:
  • Takut bangkrap
  • Takut barang tidak laku
  • Takut hendak jumpa dan bercakap dengan orang
  • Takut duit modal hangus
  • Takut kena tipu pelanggan atau pembekal
  • Takut pelanggan tidak ramai
  • Takut kena santau dan buatan orang
Akibat daripada ketakutan inilah akhirnya menyebabkan niat seseorang untuk memulakan bisnes terbantut sehingga niat suci itu terkubur begitu sahaja. Namun, jangan khuatir dan bimbang kerana ada cara untuk mengatasi ketakutan ini iaitu dengan menuntut ilmu dan ubah "mind set" kita kepada perkara-perkara yang lebih positif. InsyaAllah


21 October 2013

Renungan Bersama

Bismillahirramanirrahim,

Manusia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah SWT, Di mana Allah mengurniakan akal kepada manusia untuk kita berfikir serta dapat membezakan pekara yang baik dan buruk. Inilah yang membezakan manusia dengan makhluk-makhluk lain. Lihatlah bertapa tingginya darjat seorang manusia dan bertapa sayangnya Allah pada hambanya. Namun adakah kita menggunakan anugerah yang istemewa ini dengan sebaik-baiknya? Setiap manusia Allah telah kurniakan kekuatan dan kelebihan tertentu, namun hanya diri kita sendiri yang mampu untuk gali dan korek apa kelebihan dan kekurangan yang terpendam dalam diri kerana hanya kita yang betul-betul kenal siapa diri kita seadanya. Pengalaman amat penting untuk membina kelebihan dan kemahiran kerana daripada pengalaman kita dapat mempelajari sesuatu yang belum pernah kita alami.


Bersilaturrahim

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim,

Dalam Islam, bersilaturrahim sangat lah dituntut oleh setiap umatnya. Silaturrahim merupakan suatu ibadah yang sangat mulia, mudah dan membawa barakah. Umat Islam tidak seharusnya melalaikan dan melupakannya kerana ia merupakan ibadah yang mulia kerana ianya melibatkan perhubungan dengan manusia sehingga memerlukan pengorbanan waktu untuk melaksanakan amalan soleh ini. Manusia adalah makhluk sosial, di mana saling memerlukan di antara satu sama lain. Di dalam Al-quran sendiri tertulis peringatan supaya umat Islam dilarang sama sekali memutuskan tali silaturrahim ini, maka jelaslah bahawa silaturrahim ini amatlah penting.

Alhamdulillah, semalam kami mendapat jemputan untuk makan malam di rumah sahabat suami. Beliau merupakan  "foreigner" berasal dari Bangladesh, beragama Islam dan telah menetap di Labuan selama tiga tahun bersama dengan anak dan isterinya. Beliau merupakan rakan sekerja suami en. Iftikar Amin Chowddry . Masa inilah kita dapat memgeratkan lagi silaturrahim sesama muslim walaupun berlainan bangsa kerana Islam itu tidak membeza-bezakan umatnya, indah kan Islam ini. Mereka sering kali menjemput kami suami isteri datang bertandang di rumahnya. Seronoknya apabila kita sentiasa bersilaturrahim ini, kita dapat mengenali dan mempelajari budaya mereka. Melalui pemerhatian saya ada sedikit persamaan adat mereka dengan orang melayu iaitu apabila masa menjamu selera kaum lelaki didahulukan dan selepas itu barulah giliran kaum wanita  menjamu selera, lebih kurang sama kan. Makanan yang dihidangkan pun tentulah masakan ala-ala budaya mereka sedap juga dan sebahagian daripada jenis masakan itu sama dengan orang melayu seperti masak kari.

Terdapat beberapa hikmat jika kita sentiasa bersilaturrahim antaranya ialah:

  • Mendapat redha Allah SWT
  • Membuat orang kita kunjungi gembira
  • Menyenangkan malaikat kerana malaikat juga sangat suka bersilaturrahim
  • Disukai oleh Manusia
  • Menambahkan barakah dan dimurahi rezeki
  • Memupuk rasa cinta dan kasih sesama muslim
  • Dipanjangkan usia
Allah SWT berfirman:

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya  Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain , dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (QS. An-Nisa’: 1)


Hadis Bukhari:


“Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezkinya, dan ingin dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung silaturrahmi.” (HR. Bukhari) 

Zaman sekarang ini, kita sering kali memandang silaturrahim ini pekara yang remeh sehingga ada segelintir masyarakat yang tidak mengenali jiran-jiran yang berada disekeliling mereka. Ada juga yang menjadikan faktor kesibukan yang menghalang untuk mereka bersilaturrahim. Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang suka bersilaturrahim. InsyaAllah


Gambar hiasan