Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah bisnes online saya berjalan dengan lancar walaupun tidaklah serancak perniagaan orang lain namun tetap rasa bersyukur kerana Allah masih bukakan pintu rezeki untukku. Walaupun bisnes baru berusia dua bulan lebih namun banyak pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan bisnes online ini. Perkara pertama yang sangat penting dalam menjalankan bisnes tidak kiralah online mahaupun offline adalah "kepercayaan". Kepercayaan ini amatlah penting tidak kira dalam apa jua urusan, namun dalam bidang perniagaan kepercayaan daripada pelanggan itu umpama "kuku dengan isi".
Dalam menjalankan bisnes online ini pelanggan hanya dapat melihat gambar-gambar produk dan perkhidmatan yang kita sediakan. Mungkin ada sesetengah produk dan perkhidmatan tidak sama seperti apa yang dilihat samada dari segi warna, bentuk mahupun kualiti. Disinilah yang menjadi cabaran buat peniaga-peniaga online. Mungkin ada segelintir pelanggan tidak berpuas hati dengan apa yang diterima kerana tidak memenuhi seperti apa yang diinginkan.
Dari segi penghantaran pula, kebiasannya peniaga akan menggunakan perkhidamtan pos laju. Bagi kawasan Semenanjung mengambil masa 1-2 hari manakala Sabah dan Sarawak pula 2-3 hari. Namun apabila barang mereka lambat sampai ada juga segelintir pelanggan akan menyalahkan peniaga dan ada kemungkinan mereka tidak akan berurusan dengan kita lagi. Begitu juga bagi barang-barang dibuat secara "preorder" kadang kala barang lambat sampai kepada pembekal dan ianya menyebabkan proses penghantaran kepada pelanggan memakan masa yang lama.
Oleh itu, mencipta komunikasi dan hubungan yang baik dengan pelangaan amatlah penting kerana tanpa pelanggan tiadalah pembeli. Kita tidak akan dapat penuhi/puaskan semua permintaan pelanggan, namun cubalah menyediakan perkhidmatan sebaik mungkin agar mereka tetap bersama dan menyokong bisnes kita, insyaALLAH.
Jangan lupa singgah dipage saya ye, dapatkan pakaian muslimah yang pasti membuatkan anda berpuas hati,
No comments:
Post a Comment