Teks: Suharni Dawing
Sumber foto: Carian goggle
Bismillahirrahmanirrahim,
"The customer is always right" itulah ungkapan yang biasa kita dengar, ya memang tidak dinafikan dalam dunia perniagaan pelanggan diumpamakan sebagai "raja". Bila sebut sahaja perniagaan sudah semestinya beriringan dengan pelanggan kerana tanpa mereka sesebuah perniagaan itu tidak akan pergi kemana. Pelanggan juga seorang manusia, sudah lumrah alam manusia diciptakan dengan pelbagai perwatakan dan karenah. Sebagai seorang usahawan sudah pasti mereka tidak dapat lari daripada menghadapi karenah pelanggan dan perlu memenuhi kehendak mereka. Oleh itu, seorang ushawan seharusnya bijak dalam pengurusan perniagaan serta kaedah menghadapi pelangan ini.
Cara menghadapi karenah/perangai pelanggan:
1. Sabar dan tenang
- Melayan karenah pelanggan yang bermacam-macam ragam ini memerlukan kesabaran dan ketenangan yang tinggi kerana anda seharusnya menunjukkan sikap yang positif kepada pelanggan anda. Jika mereka tanya bermacam-macam soalan maka jawablah dengan sabar dan tenang.
2. Jujur
- Kejujuran merupakan kunci utama dalam sesebuah perniagaan. Apabila anda asyik tipu orang sahaja, sentiasa cakap benda yang tidak betul maka perniagaan anda pun menjadi tidak betul. Pelanggan pun akan lari manakala perniagaan akan lingkup.
3. Sentiasa senyum
- Bukanlah bermaksud anda harus tersenyum 24 jam, nanti pelanggan ingat anda kurang waras. Seharusnya anda senyum sebaik sahaja berhadapan dengan pelanggan, anggap pelanggan itu sebagai kawan walaupun baru pertama kali bertemu. Sudah semestinya kita pun suka dan selesa jikalau bertemu dengan mereka yang murah dengan senyuman berbanding bermuka masam kan. Jadikanlah orang sekeliling kita itu sebagai kawan.
4. Peramah
- Ucapkanlah selamat datang, selamat pagi atau bagi salam kepada pelanggan yang berkunjung ke kedai anda, sapa mereka dengan penuh mesra. Pelanggan pun akan berasa selesa kerana ada yang menyapa mereka. Sentiasalah ringan tulang bantu dan tanya mereka jika ada apa-apa yang hendak ditolong.
5. Wujudkan persekitaran yang selesa
- Susun atur sesebuah perniagaan juga seharusnya kemas dan selesa bagi keselesaan pelanggan. Apabila keadaan kemas ia memudahkan pelanggan untuk mencari sesuatu yang diingikan dengan mudah. Secara tidak langsung ia akan membuatkan pelanggan yang sekali datang akan datang lagi.
6. Adil
- Sentiasa berlaku adil dengan pelanggan anda. Dari segi harga barangan, jangan terlalu mahal atau terlalu murah kerana jika terlalu mahal akan menyebabkan pelanggan akan merasa tertipu manakala jika terlalu murah pula ia akan merugikan anda.
7. Hubungan pelanggan (customer relationship)
- Hubungan dengan pelanggan ini seharusnya dipupuk seawal perniagaan sehinggalah anda menjadi usahawan yang berjaya. Dalam usaha kita menjadikan mereka sebagai pelanggan tetap, maka kita seharusnya bijak untuk menambat hati mereka berkawanlah dengan mereka secara tidak langsung. Ingat! hubungan dengan pelanggan amat penting untuk perniagaan anda terus maju dan berdaya saing.
8. Memahami kehendak pelanggan
- Dengan menyediakan peralatan seperti katalog, portfolio dan peralatan lain dapat membantu pelanggan membuat pilihan.Ia juga bertujuan memudahkan pelanggan serta mereka akan berasa selesa dengan memilih citarasa yang diinginkan.
9. Mendengar kehendak dan keluhan pelanggan
- Sentiasa mendengar masalah yang disampaikan oleh pelanggan serta memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk mereka. Anda seharusnya bertanya kepada pelanggan jika menghadapi sebarang masalah dan anda memberi respond yang baik. Bersopanlah apabila berhadapan dengan pelanggan serta elakkan bercakap kasar dengan mereka.
--------------------------------------------------
Tawaran untuk menjadi rakan niaga Akademi Bekerja Di Rumah masih terbuka. Kami mencari 100 suri untuk kami latih menjana penda[atan dari rumah. Modal sekadar yuran untuk pendaftran. Produk digital kami sediakan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan mengiklankan produk-produk dari ABR, kalian akan beroleh komisyen. Mempromosi kelas-kelas online, pakej-pakej niaga yang pihak Akademi tawarkan di laman niaga kami. Semuanya insyaAllah ada pulangannya nanti.
InsyaAllah kami membimbing untuk menggunakan kaedah iklan dan ayat-ayat iklan yang memang telah kami sediakan.
Berminat untuk bersama kami? Hubungi saya melalui salah satu langkah mudah di bawah :
Email : Suharni.Dawing@gmail.com
Sms/whats app : 019-490 3099
Facebook : Suharni Dawing (https://www.facebook.com/messages/sue.honey.750)