03 January 2014

Tips Membeli Secara Online

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim,

Kita sudah sedia maklum bahawa bisnes online "bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan",  bermacam-macam produk yang boleh kita dapat secara online dengan hanya menaip barang yang kita nak dekat search engine maka keluar senarai kedai-kedai online atau blogshop yang menjual pelbagai jenis produk. Zaman globalisasi ini setiap orang mampu memiliki kedai sendiri iaitu kedai yang hanya boleh dilihat tetapi tidak dapat disentuh. Kita tidak lagi bersusah payah membayar sewa kedai setiap bulan, upah pekerja dan kerja-kerja teknikal tertentu tetapi apa yang perlu dibayar hanyalah bil internet setiap bulan yang jauh lebih murah berbanding sewa kedai. Pemilik bisnes online juga dapat memantau dan mengawal bisnes tidak kira dimana dia berada dengan syarat line internet wajib ada.

Membeli secara online ini juga sudah menjadi trend masyarakat Malaysia masa kini, termasuklah diri saya sendiri kadang-kadang suka membeli-bela secara online kerana dapat menjimatkan masa,duit dan tenaga. Walau bagaimanapun tidak semua orang suka membeli-belah secara online kerana mereka ingin lihat dan sentuh terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Membeli-belah secara online ini ada baik dan buruknya bergantung pada diri setiap individu untuk menilainya. Namun, tidak dinafikan terdapat juga golongan yang takut dan masih ragu-ragu untuk membeli secara online ini kerana penipuan secara online juga biasa terjadi. Oleh itu, buat mereka yang suka membeli secara online ingin saya kongsikan beberapa tips sebelum berjinak-jinak untuk membeli secara online.

  1. Akaun Bank online
  • Ia bertujuan bagi memudahkan urusan jual beli secara online dan anda tidak perlu bersusah payah pergi ke Bank-Bank atau mesin ATM tertentu. Oleh itu, sebelum melakukan pembelian secara online anda haruslah mengaktifkan bank online anda seperti Maybank2u, CIMB click, Public Bank dan sebagainya bagi memudahkan urusan pembayaran.
   2.  Kenal pasti/kenali saiz badan anda
  • Disebabkan anda tidak boleh mencuba produk tersebut maka anda wajib mengetahui saiz sebenar badan anda. Perkara ini penting bagi mengelakkan anda terbeli saiz yang tidak sesuai dengan badan anda. Kebiasannya ukuran saiz ada disertakan dalam penerangan produk, oleh itu ukurlah badan anda terlebih dahulu.
    3. Kesesuaian warna
  • Kebiasannya warna yang dipamerkan dalam gambar tidak sama seperti apa yang akan anda terima. Oleh itu, pembeli jangan malu, takut atau segan untuk bertanya dengan si penjual.
    4. Survey (selidik)
  • Sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu produk/barang seloknya anda survey terlebih dahulu. Cuba bandingkan harga dengan blogshop atau kedai-kedai online yang lain kerana terdapat penjual yang menjual produk yang sama dengan harga yang berlainan. Kemudian anda buat keputusan mana yang lebih murah dan berbaloi buat anda.
    5. Kaedah penghantaran barang
  • Banyak syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan penghantaran barang dan yang paling popular ialah perkhidmatan pos laju. Pos laju menawarkan perkhidmatan mesra pengguna dan mudah untuk track barang secara online, namun terpulanglah pada individu hendak memilih perkhidmatan yang terbaik dan apa yang penting pastikan anda memilih perkidmatan yang paling cepat dan selamat.
6. Simpan maklumat bukti urus niaga
  • Jika anda melakukan urusan secara online simpan segala bukti transaksi. Anda boleh print screen bukti pembayaran dan jikalau boleh simapan segala maklumat tentang produk/barang yang anda beli kerana ia bertujuan sebagai bukti yang kukuh andai kata anda tidak memerima barang yang dipesan atau barang yang anda terima tidak sama seperti apa yang anda pesan.
7. Baca deskripsi barang
  • Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli sesuatu produk/barang, anda seharusnya baca dan fahamkan tentang produk/barang tersebut bagi mengelakkan anda membeli produk/barang tiruan. Sesetengah pembeli mudah tertarik dengan gambar produk/barang yang cantik dan murah tanpa membaca tentang produk tersebut terlebih dahulu. Akibatnya apabila barang anda samapi anda akan kecewa kerana "indah khabar dari rupa". Inilah kesilapan besar para pembeli.
8. Lihat feedback/komen daripada pelanggan
  • Jikalau anda masih ragu-ragu untuk membuat pembelian sesuatu produk/barang apa yang ada harus lakukan adalah dengan melihat/membaca komen/feedback daripada pelanggan. Dengan cara ini anda dapat mengelakkan diri daripada tertipu oleh penjenayah siber ini.
9. Maklumat data diri si penjual
  • Anda seharusnya meminta data diri si penjual seperti no telefon, alamat dan account bank dan tugas anda adalah memastikan segala maklumat itu adalah benar serta wujud. Pastikan anda menghubungi atau menghantar SMS kepada penjual sebelum membuat pembayaran bagi memastikan no telefon tersebut masih aktif agar supaya anda tidak tertipu. Anda juga boleh bertanya tentang barangan yang anda inginkan masih ada stok atau tidak bagi mengelakkan anda memesan barang yang sudah kehabisan stok.
10. Utamakan keselamatan
  • Sememangnya jenayah siber ini semakin berleluasa, oleh itu sebelum anda membeli secara online pastikan ada selidik betul-betul pemilik kedai online atau blogshop tersebut. Anda haruslah berhati-hati  sebelum membuat pembayaran cubalah baca dan fahamkan terlebih dahulu terma dan syarat kerana konsep perniagaan online ini atas dasar saling mempercayai. Adalah lebih baik sekiranya anda membeli dekat tempat yang dicadangkan oleh kawan-kawan anda kerana mereka sudah ada pengalaman berurusan dengan kedai tersebut.


Sekiranya anda ada pengalaman tertipu dengan penjenayah siber ini anda seharusnya bertindak dengan bijak untuk melaporkannya ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepengunaan (KPDNKK) bagi mengelakkan lebih ramai lagi mangsa yang kena tipu. Disni saya sertakan page senarai penjenayah siber sebagai rujukan anda https://www.facebook.com/Senarai.Penipu.Online.Malaysia.Detail?ref=ts&fref=ts. Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat dan berguna buat kita semua.

     "Jadilah pengguna yang bijak dan bukan yang dipijak kerana semuanya berada dihujung jari anda"


Berminat untuk membeli baju muslimah?? jom singgah di page saya
SMS/WahtsApp: 019-490 3099 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan

~Terima kasih~

No comments:

Post a Comment