Teks: Suharni Dawing
Sumber foto: Carian goggle
Bismillahirrahmanirrahim,

Tips memilih corak pakaian vs bentuk tubuh:
1. Berbadan gempal/berisi dan rendah
- Warna: Sesuai menggunakan warna gelap seperti hitam,blueblack atau apa sahaja yang berwarna gelap.
- Corak: Corak garis menegak atau corak bunga kecil.
P/s: Warna-warna terang serta corak besar akan menyebabkan bentuk badan anda kelihatan semakin gempal/besar
2. Berbadan gempal dan tinggi
- Warna: Juga sesuai menggunakan warna-warna gelap.
- Corak: Sesuai menggunakan corak-corak kecil seperti corak bunga yang kecil
P/s: Corak-corak besar akan menampakkan lagi kegempalan anda.
3. Berbadan kurus/langsing dan rendah
- Warna: Sesuai menggunakan warna-warna lembut/cerah seperti puith, cream, pink, kuning dan seangkatan dengannya. (dapat menonjolkan bentuk badan anda kelihatan berisi sikit).
- Corak: Corak menegak atau corak besar-besar.
P/s : Elakkan memakai warna-warna gelap dan corak-corak kecil kerana anda akan kelihatan bertambah kurus serta digalakkan memakai kasut yang bertumit tinggi agar dapat membantu untuk menambah ketinggian.
3. Berbadan kurus dan tinggi
- Warna: Warna-warna lembut/cerah
- Corak: Digalakkan memakai corak melintang dan corak yang besar.
P/s: Sesuai menggunakan baju bertingkat-tingkat, baju lace, rapol-rapol dan elakkan memakai corak polos kerana anda akan kelihatan bertambah kurus.
Dengan pemilihan corak pakaian yang sesuai dengan tubuh badan maka ianya akan menghasilkan satu perubahan yang amat ketara buat si pemakai. Perubahan itu dapat dilihat melalui personaliti seseorang dengan penuh gaya dan akan menonjolkan lagi keyakinan dalam diri individu. Semoga dengan perkongsian tips ini dapat membantu anda serta menambahkan keyakinan anda untuk berfashion.
Jom berkunjung ke page saya untuk melihat koleksi baju muslimah di..
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya melalui:
SMS/WahtsApp: 019-490 3099
Email: Suharni.Dawing@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/sue.honey.750
SMS/WahtsApp: 019-490 3099
Email: Suharni.Dawing@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/sue.honey.750
~Terima kasih~
No comments:
Post a Comment