05 December 2013

Cara-cara penjagaan pakaian

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim,

Enteri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda bagaimana cara-cara penjagaan pakaian yang betul/sebaiknya. Pakaian merupakan salah satu keperluan asas manusia, ia bukan sahaja bertujuan untuk melindungi tubuh malah boleh melambangkan identiti seseorang. Dewasa ini kita sering kali disajikan dengan pelbagai jenis fesyen pakaian, malah setiap bulan mesti ada sahaja fesyen baju baru yang akan dipamerkan. Mari sama-sama kita lihat bagaimana cara-cara penjagaan pakaian ini.

1. Basuh menggunakan tanagn 
  • Boleh dikatakan masyarakat zaman sekarang jarang membasuh pakaian menggunakan tangan, mereka lebih gemar menggunakan mesin basuh kerana mudah dan jimat masa (betul kan?). Membasuh pakaian terutamanya pakaian baru adalah amat penting sebelum anda menggunakannya. Ia bertujuan untuk membuang segala bakteria atau kotoran yang terdapat pada pakaian. Apa yang penting ialah anda haruslah membasuh menggunakan tangan kerana jikalau pakaian yang luntur warnanya anda dapat mengawal  berapa banyak peratusan warna yang luntur dari pakaian anda.
2. Sidai di tempat berangin
  • Baju yang disidai dibawah pancaran cahaya matahari akan menyebabkan pakaian akan mudah pudar warnanya. Oleh itu, anda haruslah sidai di kawasan yang berangin agar warna pakaian terpelihara. 
3. Asing kain anda
  • Sebelum anda membasuh pakaian, sebaiknya anda memilih/mengasingkan pakaian yang mudah luntur warnanya atau tidak. Cara ini bertujuan untuk mengelakkan pakaian anda terkena kesan lenturan warna daripada kain yang mudah luntur dan ia akan menjejaskan pakaian anda yang lain.
Mungkin ada segelintir daripada anda yang memandang ringan tentang penjagaan pakaian ini. Jika anda mengharapkan kualiti pakaian anda tahan lama maka anda haruslah menjaga pakaian anda degan cara yang betul. Semoga perkongsian tips kali ini dapat membantu anda mengekalkan kualiti pakaian anda tidak kiralah pakaian itu mahal ataupun murah.

Suka tak baju ni?

















Jemput datang ya ke page saya untuk dapakan pilihan yang lebih banyak
==>https://www.facebook.com/SuehoneyCollections?ref=hl

Berminat untuk bersama kami? Hubungi saya melalui salah satu langkah mudah di bawah : Email : sue_honey87@yahoo.com/Suharni.Dawing@gmail.com Sms : 019-586 6864 Facebook : sue honey ( https://www.facebook.com/messages?action=recent-messages )


No comments:

Post a Comment