01 December 2013

Dugaan dan Ujian

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah tinggal sebulan lagi kita akan meninggalkan tahun 2013 ini, alhamdulillah juga kita masih diberi kesempatan untuk mengutip sebanyak mungkin bekalan untuk menuju ke satu destinasi yang abadi agar kita tidak ketandusan disana kelak. Terima kasih ya Rabbi kerana masih memberiku khudrat untuk menekan papan kekunci ini bagi menyempurnakan tugasan enteri yang masih berbaki. 

Hari ini masuk hari ketiga Asyraf demam. Ini merupakan pengalaman pertamaku terpaksa bersengkang mata menjaga anak yang demam. Memang tidur pun sekadar tidur-tidur ayam dibuatnya iya la takut kalau-kalau demam anak naik mendadak pula. Risau juga ummi dan abi bila lihat Asyraf demam, selalunya dia aktif bermain bila tengok dia demam macam itu sayu hati ummi melihatnya, cepat-cepat sembuh ya anak ummi. Mungkin begini juga yang mak alami ketika merawat kami adik-beradik apabila ada diantara kami demam/sakit, terpaksa korbankan masa tidur demi anak-anak yang dikasihi, terima kasih mak kerana menjaga dan mendidik kami semua.  

Kelmarin kami bawa Asyraf pergi klinik, nasib baik klinik beroperasi juga pada hari Sabtu. Doktor kata ada kemungkinan Asyraf terkena asma, doktor buat rawatan supaya kahak dalam badan cair. Apabila waktu malam pasti dia tidak lena tido disebabkan batuk kahak dan kadang-kadang susah hendak bernafas. Sedangkan kita orang dewasa akan merasa sakit dada apabila batuk ini kan pula bagi bayi yang baru berusia enam bulan lebih. Doktor meljalankan rawatan untuk mencairkan kahak dalam badan Asyraf, menangis-nangis dia ketika itu.Namun alhamdulillah selepas rawatan itu Asyraf terus tertidur.

Rawatan mencairkan kahak
Lena selepas rawatan
Sakit merupakan satu ujian dari Allah ataupun salah satu penghapus dosa/peringatan kepada kita. Tidak ada ibubapa yang ingin melihat anak dia sakit, namun semuanya ketentuan yang Maha Esa. Dia ingin menguji sejauh mana kita mampu untuk menghadapi segala ujian dan dugaan yang mendatang. Semoga saya dan suami tabah menghadapi semuanya.

No comments:

Post a Comment