Tikus??? ramai yang geli dan jijik dengan binatang sekecil ini, ada yang melompat malah ada juga menjerit sebaik sahaja terlihat binatang ini. Binatang ini juga merupakan makhluk ciptaan Allah, namun binatang ini banyak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan kita.
Kenapa pula saya becerita tentang tikus pagi-pagi ini. Beberapa hari yang lalu sekitar pukul 2 pagi saya dikejutkan dengan satu gigitan yang tidak tahu binatang apa. Apabila saya lihat dekat lengan ada kesan lebam. Syukur alhamdulillah bukan baby saya yang digigit. Saya terus bangun dan kejutkan suami, kami terus mencari-cari binatang apakah yang mengigit lengan saya itu?? Tetapi malangnya kami tidak jumpa satu ekor binatang pun dalam bilik. Suami pun terus menyambung sisa baki tidurnya yang terganggu. Namun bagi diri saya pula tidak dapat melelapkan mata selagi binatang itu tidak ditemui. Tidak lama kemudian saya terlihat ada seekor tikus berlari-lari dibelakag almari. Sah memang sah tikus yang mengigit lengan saya.
Keesokan harinya, suami membawa saya pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan jikalau gigitan tikus ini membahayakan. Kita sedia maklumkan tikus ini binatang pembawa penyakit terutamanya urine atau air kencing tikus boleh membawa maut. Namun alhamdulillah doktor mengesahkan tidak ada apa yang perlu dirisaukan dan saya diberikan satu suntikan dekat lengan. Sebaik sahaja pulang dari Hospital suami singgah di sebuah kedai untuk membeli perangkap tikus.
Malam itu suami nekad untuk pasang perangkap tikus dengan berumpankan ikan kering. Malangnya malam itu suami pula digigit dekat jari, mungkin sebab tangan suami masih berbau ikan kering kot. Pada malam itu seekor tikus pun tidak ada yang terkena cuma ikan kering saja yang hilang tapi tikus tidak mengena. keesokanya pula barula tikus itu termakan jerat, sekali dua ekor pula itu terjerat. Mungkin satu ekor yang gigit saya dan satu lagi yang gigit suami..Perangkap tikus itu sampai sekarang masih lagi dipasang namun sejak dua ekor sudah tertangkap sampai sekarang belum ada lagi tikus yang terjerat.
No comments:
Post a Comment