28 September 2013

Super Mom

Assalamualaikum....

Bismillah

Alhamdulillah...sekarang jam sudah menunjukkan pukul 11.25am , tetapi kelibat cahaya matahari masih belum menonjolkan dirinya lagi, mungkin hari ini hujan akan melanda bumi Labuan.. Ermm...sungguh nyam rasanya udara pagi ini, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, alhamdulillah Sue masih di beri kesempatan untuk terus menikmati anugerah ALLAH ini. Seperti yang ditugaskan oleh sifu kami, Sue cuba untuk menyiapkannya, namun Sue kena pandai curi masa memandangkan Sue mempunyai tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri.



Siapa kata jadi seorang surirumah itu kerja yang mudah atau senang??? melihat saja gambar diatas dapat merungkaikan 1001 jawapan bahawa bertapa sibuknya ibu yang bergelar surirumah. Numun, Allah menjadikan wanita itu seorang yang istemewa dimana dia mampu melaksanakan tugas yang lebih dalam satu masa hebatkan wanita ini. Sue percaya semua ibu-ibu mengalami situasi diatas, termasuklah diri Sue sendiri. Terkejar-kejar menyiapkan kerja apatah lagi yang memiliki baby. Disinilah kita kena pandai handle dan bahagi-bahagikan masa yang ada.

No comments:

Post a Comment