27 September 2013

Surirumah Tegar

Assalamualaikum,
Bissmillahirrahmanirrahim,

Lapan bulan sebaik sahaja saya tamat pengajian Allah telah catatkan jodohku. Pada 02hb Jun adalah tarikh bersejarah dalam diari kehidupku, status Sue telah berubah bergelar seorang isteri. Benar kata orang bercinta selepas kahwin memang indah :). Semoga perkahwinan kami berkekalan sampai ke Jannah..AMIN.

Diipetik daripada blog (Panduan Berkerja Di Rumah) Puan Masayu Ahmad, terdapat beberapa kategori suri yang mula mahu bekerja dari rumah. Dua golongan ini yang selalunya saya kongsikan.

1. Surirumah yang sedia berada di rumah. Tidak ada pengalaman kerja, tamat pelajaran dan sepenuh masa sebagai surirumah. Suri ini bangun semula dab mencari peluang menjana pendapatan. Ini dikira bermula dari kosong. Tidak ada apa-apa. Pendapatannya bersumberkan dari pemberian nafkah suami. Jika suri ini memecah rekod dapat wang pertama dari hasil usahanya. Ia adalah kejayaan keluar dari kepompong surirumah semata-mata.

2. Suri bekerja di luar rumah
Ini maksudnya seperti saya, sudah pernah bekerja, sudah punya kerjaya tetap, sudah punya keselesaan wang bulanan setiap bulan. Sudah tu kenapa pula cari penyakit untuk berhenti pula. Atas faktor-faktor yang saya sebutkan dalam ayat permulaan, kerana anak-anak.

Sue tergolong dalam kategori pertama, Sue pernah juga bekerja sebagai guru ganti dan penyelia asrama tetapi hanya untuk 3 bulan sahaja. Tidak cukup diambil dikira sebagai pengalaman bekerja seperti sahabat-sahabat yang lain mempunyai pengalaman bekerja bertahun-tahun. Suami memang tidak berkebertan mengizinkan Sue bekerja, namun sejak dikurniakan cahaya mata yang pertama agak sukar buat Sue keluar mencari kerja. Suami berkata "tak apala biarla Sue jaga anak bagi besar dulu, pas tu kalau nak kerja terpulang pada Sue", Suami tidak mahu bagi orang lain jaga anak.Oleh itu, Sue berazam untuk bangkit tidak mahu menjadi seorang surirumah yang hanya memegang Ijazah tanpa sebarang penghasilan. InsyaALLAH Sue juga mampu berjaya seperti orang lain, dapat membantu menambah pendapatan keluarga. INSYAALLAH.




No comments:

Post a Comment