10 January 2014

Fesyen

Assalamualaikum,

Teks : Suharni Dawing
Sumber foto : Carian Google 

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah masih diberi kesempatan dapat menekan satu persatu papan kekunci untuk menaip enteri yang seterusnya. Berbicara tentang fasyen, apa yang anda faham tentang fasyen??. Fesyen merupakan sesuatu perkara yang akan berubah mengikut peredaran/perkembangan zaman. Fesyen bukan sahaja tertumpu pada pakaian malah melibatkan pelbagai kategori seperti fesyen kasut, dandanan rambut, aksesori, beg tangan dan seumpamanya. Jika kita sedar dan dapat lihat setiap tahun malahan setiap bulan pereka-pereka fesyen akan cuba untuk menghasilkan rekaan terbarunya termasuklah dalam fesyen pakaian ini.

Apa yang ingin saya titik beratkan dalam enteri ini adalah berkaitan dengan fesyen pakaian yang terdapat di pasaran kini. Tidak dinafikan di Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan kaum, jadi tidak mustahil jika terdapat bermacam-macam fesyen pakaian yang akan kita temui di pasaran. Baju muslimah juga merupakan salah satu fesyen wanita muslimah masa kini. Kita dapat lihat masalah-masalah fesyen baju di pasaran zaman sekarang berbanding rekaan fesyen baju muslimah seperti yang saya nyatakan dibawah.

Masalah fesyen baju-baju di pasaran zaman sekarang berbanding baju muslimah

1. Jenis kain

  • Di pasaran kini kita dapat memilih pelbagai jenis kain yang ditawarkan antaranya cotton, lycra, chiffon, sutera, satin, kapas dan sebagainya.
  • Fesyen baju X: Menggunakan pelbagai jenis kain (ada yang menggunakan kain jarang sehingga memperlihatkan bentuk badan).
  • Baju muslimah: Direka menggunakan kain jenis cotton, selesa dipakai dan kain tebal.

2. Cutting/bentuk baju
  • Fesyen baju X: Mengikut bentuk tubuh/ketat.
  • Baju muslimah: Longgar dan tidak melekat dibadan.

3. Labuh baju
  • Fesyen baju X: Kebiasannya pakaian singkat tidak menutupi punggung.
  • Baju muslimah: Baju labuh hingga paras lutut.
4. Keistimewaan
  • Fesyen baju X: Sangat jarang kita temui pakaian yang nursing friendly.
  • Baju muslimah: Mempunyai pelbagai pilihan, ada yang direka khas untuk ibu menyusukan anak (nursing friendly).
5. Kesesuaian
  • Fesyen baju X: Rekaan yang melampau-lampau/menjolok mata.
  • Baju muslimah: Sesuai digayakan kemana sahaja dengan rekaan anggun dan sopan.
6. Mudah dan menjimatkan masa
  • Fesyen baju X: Sesetengah baju x mengambil masa untuk distreka sebelum anda menggunakannya.
  • Baju muslimah: Tidak perlu distreka kerana kainnya yang tidak mudah renyuk.

Kita disajikan dengan lambakan fesyen dipasaran, oleh itu sebagai seorang wanita muslimah kita seharusnya bijak dalam memilih  pakain. Jangan lah kita menjadi mangsa/hamba fesyen semata-mata  "Menjaga aurat itu menjadikan kita lebih cantik dan berseri"




Jom berkunjung ke page saya untuk melihat koleksi baju muslimah di..
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya melalui:
SMS/WahtsApp: 019-490 3099
Email: Suharni.Dawing@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/sue.honey.750

~Terima kasih~




No comments:

Post a Comment