16 January 2014

Tips memilih corak pakain mengikut kesesuaian bentuk badan

Teks: Suharni Dawing
Sumber foto: Carian goggle

Bismillahirrahmanirrahim,

Adakah anda ingin bergaya tetapi tidak yakin dengan bentuk fizikal anda? Jangan bimbang dan uslah risau kerana saya akan kongsikan tips utnuk mengatasi masalah anda ini. Masih ingatkah anda sewaktu zaman persekolahan dahulu dalam subjek ERT ada menyentuh tentang kesesuaian baju mengikut corak dan warna (jika anda belajar subjek ERT)?. Seseorang yang gemar berfashion sudah semestinya ingin kelihatan sempurna cantik, segak dan bergaya dengan apa jua yang digayakannya, ini bukan sahaja tertumpu kepada wanita malah kaum lelaki pun ada yang gemar berfashion. Jom sama-sama kita amati tips memilih corak pakaian mengikut kesesuaian tubuh anda.

Tips memilih corak pakaian vs bentuk tubuh:

1. Berbadan gempal/berisi dan rendah
  • Warna: Sesuai menggunakan warna gelap seperti hitam,blueblack atau apa sahaja yang berwarna gelap.
  • Corak: Corak garis menegak atau corak bunga kecil.
P/s: Warna-warna terang serta corak besar akan menyebabkan bentuk badan anda kelihatan semakin gempal/besar  

2. Berbadan gempal dan tinggi

  • Warna:  Juga sesuai menggunakan warna-warna gelap.
  • Corak: Sesuai menggunakan corak-corak kecil seperti corak bunga yang kecil
P/s: Corak-corak besar akan menampakkan lagi kegempalan anda.

3. Berbadan kurus/langsing dan rendah
  • Warna: Sesuai menggunakan warna-warna lembut/cerah seperti puith, cream, pink, kuning dan seangkatan dengannya. (dapat menonjolkan bentuk badan anda kelihatan berisi sikit).
  • Corak: Corak menegak atau corak besar-besar.
P/s : Elakkan memakai warna-warna gelap dan corak-corak  kecil kerana anda akan kelihatan bertambah kurus serta digalakkan memakai kasut yang bertumit tinggi agar dapat membantu untuk menambah ketinggian. 

3. Berbadan kurus dan tinggi
  • Warna: Warna-warna lembut/cerah 
  • Corak: Digalakkan memakai corak melintang dan corak yang besar.
P/s:  Sesuai menggunakan baju bertingkat-tingkat, baju lace, rapol-rapol dan elakkan memakai corak polos kerana anda akan kelihatan bertambah kurus.

Dengan pemilihan corak pakaian yang sesuai dengan tubuh badan maka ianya akan menghasilkan satu perubahan yang amat ketara buat si pemakai. Perubahan itu dapat dilihat melalui personaliti seseorang dengan penuh gaya dan akan menonjolkan lagi keyakinan dalam diri individu. Semoga dengan perkongsian tips ini dapat membantu anda serta menambahkan keyakinan anda untuk berfashion.


Jom berkunjung ke page saya untuk melihat koleksi baju muslimah di..
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya melalui:
SMS/WahtsApp: 019-490 3099
Email: Suharni.Dawing@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/sue.honey.750

~Terima kasih~



No comments:

Post a Comment