12 January 2014

Maniskanlah bicaramu duhai IBU...

Teks: Suharni Dawing
Sumber foto: Carian goggle

Bismillahirrahmanirrahim,

Menjadi seorang ibu merupakan satu darjat yang sangat tinggi disisi Allah, sungguh bertuahlah mereka yang mendapat gelaran ini ibu, mak, ummi, mama atau mummy yang mana satu kah gelaran anda?. Hanya insan terpilih sahaja yang akan merasai gelaran mulia itu kerana semuanya bergantung kepada ketentuan dan kehendak yang maha kuasa. Terdapat pasangan yang sudah bertahun-tahun berkahwin tetapi masih tidak dikurniakan cahaya mata itulah takdir Allah. Namun, malangnya ada juga hamba Allah yang sanggup membuang anak yang dikandungnya selama sembilan bulan begitu sahaja, Allahhuakhbar alangkah ruginya mereka ini. Sungguh sedih hati ini bila melihat jasad anak-anak yang tidak berdosa ini terbujur kaku dalam keadaan yang daif sekali.

Saya percaya semua sudah sedia maklum bahawa syurga itu terletak dibawah telapak kaki ibu dan ini menggambarkan bahawa bertapa mulianya seorang ibu, maka amat besar dosa derhaka kepada ibu bahkan darjat ibu tiga kali ganda daripada darjat seorang ayah dalam hal penghormatan anak terhadap kedua orang tuanya. Setiap kata-kata yang keluar daripada mulut ibu adalah satu doa walaupun perkataan itu adalah perkataan yang kurang baik. Wahai ibu berwaspadalah dalam setiap ungkapanmu kerana takut jikalau perkataan yang lahir dibibirmu adalah perkataan kurang baik dan dibimbangi Allah makbulkan kata-katamu itu.

Oleh itu, didiklah diri kita wahai para ibu sentiasa memaniskan bicaramu terhadap anak-anakmu. Seandainya anak-anakmu membantah suruhan dan kata-katamu usalah berkata sembarangan. Andai diri berada dalam keadaan marah sekalipun usalah keluarkan perkataan-perkataan yang kurang senang didengari seperti: 

"Bodoh!"
"Kurang ajar betulah kau ne!"
"Dasar anak pemalas!"
"Degil betullah kau ne!"

Apabila diri dikuasai oleh perasaan marah tidak mustahil perkataan-perkataan itu terpancul keluar dari bibirmu walaupun bukan kehendakmu kerana dirimu berada diluar kawalanmu. Dibimbangi kata-katamu itu dimakbulkan oleh Allah. Jika anda dalam keadaan marah, cubalah ambil sedikit masa untuk menenangkan diri, beristighfar banyak-banyak cubalah jauhkan diri daripada anak-anak dan apabila dirimu sudah stabil, kembalilah kepada anak-anakmu nasihati mereka dengan penuh kasih sayang serta semanis-manis bahasa yang penuh hikmah. InsyaAllah mereka akan mendengar kata-katamu dan menjadi anak yang berakhlak mulia kelak. Amin ya rabb

"Ibubapa adalah cerminan diri anak-anak, maka sentiasa maniskanlah bicaramu duhai IBU kerana setiap tingkahlaku anak-anak melambangkan keperibadian kedua orang tuanya"


Jom berkunjung ke page saya untuk melihat koleksi baju muslimah di..
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya melalui:
SMS/WahtsApp: 019-490 3099
Email: Suharni.Dawing@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/sue.honey.750

~Terima kasih~



No comments:

Post a Comment